KUALA LUMPUR – Kes sembuh menunjukkan angka yang baik dan apabila merekodkan sebanyak 972 KES pesakit telah sembuh hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 22,220 kes (68.36%).
Walau bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan negeri SABAH masih kekal merekodkan kes positif tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak 644 KES daripada keseluruhan 957 KES hari ini.
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 32,505 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 10,036 kes.
DARIPADA 644 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, semua KES MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…
Menurut laporan itu juga, sebanyak 97 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 27 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.
KKM turut maklumkan TIADA kes kematian direkodkan hari ini dan ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah kekal sebanyak 249 kes (0.77%).