Empat Cedera Dalam Kemalangan Dua Kenderaan di Jalan Tuaran-Kota Belud Pagi Tadi

Empat Cedera Dalam Kemalangan Dua Kenderaan di Jalan Tuaran-Kota Belud Pagi Tadi

0
SHARE

TUARAN: Empat individu mengalami kecederaan ringan dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kenderaan di sebelum Simpang Topokon, Jalan Tuaran-Kota Belud awal pagi tadi.

Menurut Pegawai Operasi, PBK I KUP AB Azman Asiman dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.52 pagi melalui talian MERS999.

Sebuah jentera FRT dengan lapan anggota digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 4 kilometer dari balai dan tiba pada jam 6.00 pagi.

“Siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan sebuah Proton Exora dan sebuah Toyota Hilux yang bertembung. Kesemua empat mangsa dikeluarkan oleh pasukan bomba dan diberi rawatan awal di lokasi,” katanya.

Mangsa terdiri daripada, tiga individu menaiki Proton Exora (dua perempuan dan seorang lelaki), manakala seorang lelaki lagi menaiki Toyota Hilux

Kesemua mangsa mengalami kecederaan ringan dan telah diserahkan kepada pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut berada di lokasi untuk tindakan lanjut.

Operasi dikawal sepenuhnya pada jam 6.30 pagi dan ditamatkan pada 6.50 pagi selepas pasukan bomba memastikan tiada bahaya lain di tempat kejadian.

Pasukan bomba kemudiannya bertolak pulang ke balai selepas operasi selesai.