Empat Kluster Baharu Bawa Kepada Peningkatan 741 Kes Di Sabah

Empat Kluster Baharu Bawa Kepada Peningkatan 741 Kes Di Sabah

0
SHARE
Gambar hiasan...

KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah kes COVID-19 baharu Sabah pada Selasa sebanyak 741 KES dengan TIGA (3) kes kematian masing-masing di daerah Putatan, Penampang dan Kudat.

Jurukata COVID-19 Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah tersebut adalah peningkatan sebanyak 21 berbanding hari sebelumnya.

Sebanyak 379 kes atau 51.15 peratus (51.15%) penyumbang utama jumlah kes hari ini adalah dari Saringan Kontak Rapat katanya.

“Empat (4) kluster baharu juga dikesan,” jelasnya lagi.

Kluster Jalan Penampang melibatkan pekerja di sebuah pasaraya besar berdekatan Pekan Koidupan.

“Kes indeks merupakan juruwang wanita, 25, yang disahkan positif COVID-19 pada 26 Julai…

“Jumlah kumulatif kes positif bagi kluster jenis tempat kerja ini ialah sebanyak 29 kes.”

Kluster Inderasabah di Tawau pula merupakan kluster komuniti yang berlaku di Mukim Balung.

“Kes indeks adalah pekebun sawit, lelaki, 30, telah disahkan positif pada 24 Julai 2021 selepas bergejala sejak 10 hari sebelumnya…

“Kes indeks yang bekerja sendiri tinggal di Kg Darat, Inderasabah bersama dengan 13 ahli keluarga.

“Setakat ini,14 daripadanya didapati positif termasuk 11 kes baharu.”

Kluster Jeti Kudat merebak di tempat kerja pada Selasa, menokok 11 kes baharu menjadikan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 44 kes.

“Kluster ini mula dikesan melalui saringan bergejala terhadap kes indeks, wanita, 51, peniaga bukan warganegara di Jeti Kudat. disahkan positif COVID-19 pada 15 Julai 2021…

“Pejabat Kesihatan Kawasan Kudat melakukan saringan bersasar ke atas semua individu yang terlibat dengan aktiviti perniagaan dan perusahaan ikan di daerah Kudat.”

Kluster Industri Kolombong di Kota Kinabalu, Penampang dan Tuaran berlaku dalam kategori tempat kerja melibatkan gudang minyak masak di Kolombong.

“Kes indeks bagi kluster ini adalah pembantu pemandu, lelaki, 26, yang mula bergejala sejak 17 Julai…

“Hasil saringan kontak, kluster ini merekodkan 23 kes positif secara kumulatif dengan mendaftarkan kes dengan kaitan epidemiologi di daerah lain. Bagi Kota Kinabalu lapan (8) kes didaftarkan sementara Penampang 12 kes dan Tuaran dengan tiga (3) kes,” jelas Masidi.

Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Sabah setakat 27 Julai 2021…(Sumber Foto: Command Centre Sabah)

Sementara itu, 12 lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 29 Julai sehingga 11 Ogos.

“Kawasan ini termasuk 11 lokaliti di Kota Kinabalu, iaitu Bandar Sierra, Kampung Unggun, Kampung Kalasanan, Lorong Cina 1, 2 & 3, Kampung Tebobon, Plaza Kingfisher, Polytechnic Commercial Centre Kampung Pulau Penampang, Bandaran Segama, Taman Bukit Setia dan Taman Putera Jaya 2…

“Lapan Lokaliti di Penampang, termasuk Country Height Fasa 1, Cyber City Fasa 1, Kampung Nabangkung, Kampung Ramayah, Taman Vista Kiranau, Kampung Sarapung Kolopis, Vista Minitod dan Kampung Tuunon.

“Empat Lokaliti di Beaufort iaitu Kampung Lumadan, Kampung Kebulu Petani, Kampung Beaufort Selatan dan Taman Arjuna.

“Tiga Lokaliti di Tawau, Kampung Blok 31, Kampung Tanjung Batu Darat dan Kampung Darat Inderasabah serta Perumahan Ladang Tinabau di Kinabatangan,” katanya lagi.