Enam Cedera, Bas Express Jatuh Gaung 50 Meter Di Lahad Datu

Enam Cedera, Bas Express Jatuh Gaung 50 Meter Di Lahad Datu

0
SHARE
Bomba
Keadaan bas yang terbabas ke dalam gaung ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

LAHAD DATU, SABAH – Enam individu cedera selepas sebuah Bas Expresss Sentosa Express (SENEX) hilang kawalan lalu terbabas ke dalam gaung sedalam 50 meter di Batu 9, Jalan Silam, sini, semalam.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah menerima panggilan kecemasan MERS999 pada pukul 9.24 malam.

Seramai 20 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu termasuk tiga ahli sukarela Silam tiba di lokasi dalam masa 16 minit.

“Separuh daripada mangsa iaitu 13 orang telah keluar dari bas dengan sendirinya.

“Enam orang mangsa cedera berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba di lokasi.

“Mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia yang memberikan rawatan awal di lokasi kejadian,” kata jurucakap agensi.

Kesemua mangsa kemudian dihantar ke hospital dengan menaiki Ambulans dan jentera EMRS Bomba bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Setelah memastikan tiada lagi keberbahayaan lain di lokasi, pasukan menamatkan operasi pada jam 11.30 malam.