Enam Cedera Subaru Terbakar Selepas Bertembung Myvi di Kopungit

Enam Cedera Subaru Terbakar Selepas Bertembung Myvi di Kopungit

0
SHARE

KOTA KINABALU: Enam orang cedera selepas sebuah Subaru XV bertembung dengan Perodua Myvi lalu terbakar di hadapan Kampung Kopungit, Kepayan, petang Sabtu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata kemalangan berlaku pada jam 12.32 tengah hari, dan Subaru tersebut sudah marak terbakar ketika pasukan tiba di lokasi beberapa minit kemudian.

Enam mangsa — empat dalam Myvi dan dua dalam Subaru — berjaya dikeluarkan orang awam sebelum pasukan penyelamat tiba.

Semua mangsa termasuk dua kanak-kanak hanya mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke hospital menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan serta unit EMRS bomba.

Api dipadamkan menggunakan air dari tangki jentera bomba, dengan keadaan terkawal pada 12.50 tengah hari dan operasi tamat 1.03 petang.

Sehari sebelum itu, sebuah lori Daihatsu Gran Max yang membawa barangan basah musnah terbakar di Jalan Kionsom, Kingfisher Inanam.

Tiada mangsa cedera dalam kejadian tersebut, dan api berjaya dipadamkan anggota Bomba Lintas dalam masa 20 minit.