England Ke Final Euro 2020 Berdepan Itali

England Ke Final Euro 2020 Berdepan Itali

0
SHARE
Pemain England meraikan gol kedua pasukan yang sekaligus membawa Three Lions ke slot akhir Euro 2020 menentang Itali...

LONDON – England berjaya melangkah ke final Euro 2020 untuk berdepan Itali selepas menang tipis kepada Denmark 2-1 awal pagi tadi.

Ia adalah final kejohanan utama pertama buat England sejak Piala Dunia 1966.

Gol pada tambahan masa (extra time) digunakan sebaiknya oleh England apabila Harry Kane membuat jaringannya pada minit ke-104 dan keputusan kekal sehingga wisel penamat.

Harry Kane (kiri) meraikan gol kedua bersama Phil Foden…

Kane meledak selepas Kasper Schmeichel menyelamatkan penalti kontroversinya yang diberikan pada minit ke-104 di depan hampir 65,000 penyokong di Wembley.

Mikkel Damsgaard memberikan Denmark gol pendahuluan pada minit ke-30 menerusi sepakan percuma yang menarik.

Mikkel Damsgaard (kiri) memberikan Denmark gol pendahuluan pada minit ke-30…

Bagaimanapun gol sendiri Simon Kjaer memberikan gol penyamaan buat England sebelum tamat babak pertama.

Dalam pada masa yang sama, Gareth Southgate yang dipetik AFP telah memuji “tugas menakjubkan” dilakukan pemainnya ketika England menamatkan penantian 55 tahun untuk mara ke final kejohanan utama apabila menewaskan Denmark 2-1 pada Euro 2020.

Jurulatih England, Gareth Southgate…

England bangkit daripada ketinggalan satu gol sebelum Harry Kane menyempurnakan bola melantun selepas sepakan penalti pada tambahan masa seterusnya membawa pasukan itu bertemu Itali.

“Saya sangat bangga dengan pemain,” kata Southgate kepada ITV.

“Saya memang merasakan kami akan ke sana – saya tahu kami akan berdepan pertarungan berbeza kerana Denmark adalah pasukan yang tidak banyak diberi harapan,” tambahnya lagi.