SIPITANG, SABAH – Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil melawat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Mesapol Sipitang.
Dalam sesi lawatan tersebut, beliau mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pengurus Nadi Mesapol, Zuhair Calvin Ng Mohd Firdaus mengenai latar belakang, pencapaian dan inisiatif NADI dalam membantu membangunkan ekonomi setempat.
Fahmi turut melihat sendiri hasil kerja dan produk dari usahawan yang dilahirkan oleh NADI berkenaan.
Turut sama dalam lawatan tersebut Pengerusi Ahli Lembaga Koko Malaysia Datuk Matbali Musah merangkap Ahli Parlimen Sipitang; Pengerusi Bahagian Pelaburan Kerajaan Negeri (Qhazanah) Datuk Dr Yusof Yacob merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Sindumin; Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa; Setiausaha Tetap Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Hanafiah Mohd Kassim, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Julina Johan dan Ketua Pegawai Hal Ehwal Negeri Suruhanjaya Komunikasi Bukhari Yahya. — JABATAN PENERANGAN SABAH