Filem Takluk: Lahad Datu Jadi Pilihan Program Jiwa Madani Inbox

Filem Takluk: Lahad Datu Jadi Pilihan Program Jiwa Madani Inbox

0
SHARE
Japen
Kibaran Bendera Sabah dan Jalur Gemilang semasa lagu patriotik dinyanyikan ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

SANDAKAN, SABAH – Filem ‘Takluk:Lahad Datu’ menjadi pilihan tayangan patriotik sempena Program Jiwa Komuniti Madani Merdeka@Komuniti.

Menurut Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor, program yang berjaya menghimpunkan 250 penonton itu bertujuan untuk memperkasakan lagi semangat patriotik dalam diri masyarakat.

“Kita berharap agar segenap lapisan masyarakat faham akan tanggungjawab semua pihak dalam mempertahankan kedaulatan negara.

“Tanpa mengira latar belakang perjuangan selepas kemerdekaan itu sebenarnya adalah mempertahankan kedaulatan negara untuk memastikan negara kita terus maju dan makmur,” katanya kepada media di sini.

Program berkenaan turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri Gum-Gum Arunarsin Taib, Ahli dewan Negara Senator Anabel @ Suzeian Preian dan Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) Datuk Amirshah Yaakub.

Dibintangi Syafiq Kyle dan Kamal Adli, filem arahan Zulkarnain Azhar merupakan adaptasi peristiwa OP Daulat di Kampung Tanduo Lahad Datu pada Februari 2013 dan kini berjaya mengutip RM18 juta. — JABATAN PENERANGAN SABAH