KUALA LUMPUR – Gempa bumi lemah berukuran 2.8 pada skala Richter dilaporkan melanda Ranau, Sabah, pada 11.10 malam tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi ciapan di laman Twitter memaklumkan gempa bumi itu berlaku 11 kilometer (km) barat dari Ranau, Sabah.