Ulama Terkenal Dunia, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi Disahkan Positif COVID-19

Ulama Terkenal Dunia, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi Disahkan Positif COVID-19

0
SHARE

DOHA, QATAR – Ulama terkenal dunia, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, disahkan positif COVID-19 dan kini berada dalam keadaan baik serta menerima penjagaan sewajarnya.

Status Ketua Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah serta presiden Persatuan Ilmuwan Islam Antarabangsa itu disahkan menerusi akaun Twitter rasmi beliau.

Dalam satu hantaran di Twitter miliknya, beliau meminta pengikutnya dimohon mendoakan pemulihan dan kesejahteraannya.

“Sheikh Al-Qaradawi dijangkiti coronavirus dan beliau kini dalam keadaan baik, syukur kepada Tuhan…

“Beliau sedang dirawat, pengikutnya diharap bertenang dan kami meminta anda mendoakan pemulihan serta kesihatannya,” kata ciapan di Twitternya.

Anaknya, Abdul-Rahman Yusuf Al-Qaradawi, turut mengesahkan berita itu di akaun Twitter dan memaklumkan bahawa ayahnya sudah menerima vaksin COVID-19 sebelum ini.

Memetik laporan agensi Berita Saudi (SPA), beliau juga meminta masyarakat mendoakan kesihatan ayahnya.

Al-Qaradawi, 94, berasal dari Mesir dan kini menetap di Qatar, juga adalah pengasas IslamOnline.net.