Pengunjung Pusat Hiburan Positif Dadah Ditahan

Pengunjung Pusat Hiburan Positif Dadah Ditahan

0
SHARE
Ipd
Anggota dan pegawai IPD Penampang ketika operasi ( Sumber Foto: Ihsan IPD Penampang )

PENAMPANG, SABAH – Seramai 44 pengunjung pusat hiburan telah diperiksa dan seorang lelaki ditahan kerana positif dadah jenis Methamphetamine dalam satu operasi bersepadu yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, di sebuah pusat hiburan, di sini, awal pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Sammy Newton berkata, pihaknya turut menahan pengurus pusat hiburan berkenaan di atas kesalahan premis beroperasi melebihi masa yang telah ditetapkan.

“Individu yang ditahan dan barang rampasan telah dibawa ke IPD Penampang untuk siasatan lanjut pihak polis,” katanya.

DSP Sammy menambah Op Pusat Hiburan dan Op Noda telah dijalankan pada jam 2.30 pagi dan berakhir pada jam lima pagi telah diketuai oleh seorang pegawai kanan dengan kekuatan 17 anggota polis.

Sehubungan dengan itu, pihak polis akan sentiasa membuat pemantauan dan operasi serta menasihatkan pengusaha premis-premis hiburan di daerah ini supaya sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.