Gempar!!! Anak Kambing Baru Lahir Mempunyai Wajah Manusia

Gempar!!! Anak Kambing Baru Lahir Mempunyai Wajah Manusia

0
SHARE

GUJARET, INDIA – Gempar di negara ini apabila anak kambing yang baru lahir di sebuah perkampung di Gujaret berwajah seakan-akan seperti wajah manusia.

Dilaporkan bahawa anak kambing yang dilahirkan tanpa ekor itu mempunyai bahagian wajah yang kelihatan seperti manusia dan ianya sangat ketara pada dahi, mata, mulut dan turut memiliki janggut. Haiwan aneh itu bagaimanapun mempunyai kaki empat dan telinga seperti kambing normal.

Memetik portal berita India.com, anak kambing itu dilahirkan di rumah penduduk kampung yang bekerja sebagai petani.

Bagaimanapun ia hanya mampu hidup selama 10 minit selepas dilahirkan.

Kelahiran haiwan yang dikatakan penduduk setempat sebagai aneh itu turut tular di laman sosial dan turut memaparkan aksi penduduk kampung memujanya kerana mempercayai ia adalah kelahiran nenek moyang mereka.