Kematian Di Luar Hospital Dianggap Berpunca Dari Jangkitan COVID-19 – Masidi

Kematian Di Luar Hospital Dianggap Berpunca Dari Jangkitan COVID-19 – Masidi

0
SHARE
Datuk Masidi Manjun...

KOTA KINABALU, SABAH – Kes positif baharu COVID-19 Sabah menunjukkan penurunan sebanyak 46 kes daripada 230 kes sebelum ini yang mana membawa kepada 184 KES kelmarin, Rabu.

Hanya satu kluster baharu dilaporkan iaitu Kluster Kionsom Kecil di Kota Kinabalu.

Jurucakap COVID-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun menjelaskan kluster tersebut melibatkan penularan jangkitan dalam komuniti yang berkemungkinan berpunca daripada sambutan Hari Kaamatan pada 31 Mei.

Kluster ini mula dikesan melalui saringan bergejala di JMC Kota Kinabalu pada 9 Jun.

“Kes indeks merupakan pekerja lelaki, 31, di Jijiko Engineering Sdn Bhd Inanam dan telah dimasukkan ke pusat kuarantin untuk rawatan lanjut dan isolasi selepas disahkan positif…

“Susulan kes itu, seramai 86 kontak rapat menjalani ujian saringan COVID-19 pada 12 dan 13 Jun 2021. Daripada jumlah tersebut, 27 kes baharu dicatat menjadikan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 40 kes, manakala 12 sampel didapati negatif dan 34 sampel masih menunggu keputusan,” katanya.

Tiga (3) kes kematian juga direkodkan hari ini iaitu dua (2) kes di daerah Tawau, dan satu (1) kes di Semporna.

Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Sabah setakat 16 Jun 2021…(Sumber Foto: Command Centre Sabah)

Dalam pada itu, Kerajaan Negeri melihat semua kematian di luar hospital sebagai berpunca dari COVID-19 sehingga dibuktikan melalui ujian.

“Semua kematian di luar hospital hendaklah dilaporkan kepada balai polis terdekat dan laporan tersebut hendaklah dipanjangkan ke pejabat Pejabat Kesihatan Daerah oleh pihak polis yang menerima laporan…

“Semua jenazah wajib dibawa ke kamar mayat hospital oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia dengan bantuan PDRM untuk ujian PCR/RTK-AG COVID-19,” tegas beliau.