PENAMPANG, SABAH – MCA Penampang akan membekalkan 70 bungkusan pek sarapan pagi setiap hari kepada barisan petugas hadapan (frontliners) Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Kebudayaan Sabah.
Timbalan Ketua Bahagian, David Tan berkata, bantuan makanan akan diberikan kepada barisan hadapan sehingga 30 Jun.
Dikala program vaksinasi yang diperhebatkan kerajaan ini petugas barisan hadapan akan bekerja siang dan malam bagi memastikan sasaran program tercapai.
“Barisan hadapan kita akan bekerja dari pukul 8 pagi hingga 8 malam tujuh hari seminggu dan ini termasuk pada hari cuti umum kerana mereka ingin memastikan kuota 800 individu divaksin setiap hari tercapai…
“Pemberian itu akan bermula hari ini (16 Jun) sebagai tanda penghargaan atas sumbangan dan pengorbanan mereka,” kata Tan.
Mengiringi Tan untuk menyampaikan makanan siang tadi adalah Ketua MCA Sabah merangkap Ketua Pembangunan Masyarakat Kapayan Lu Yen Tung dan pemimpin bahagian.