KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan (MOF) hari ini memaklumkan harga runcit petrol RON95 dan RON 97 masing-masing naik lima sen (RM0.05) seliter manakala harga diesel naik tiga sen (RM0.03) seliter bagi tempoh seminggu bermula tengah malam ini sehingga 22 Januari 2021.
Ini bermakna harga runcit baharu bagi petrol RON95 adalah RM1.89 seliter manakala harga baharu bagi petrol RON97 adalah RM2.19 seliter.
Menurut kenyataan itu juga, harga runcit diesel turut naik daripada RM2.02 seliter kepada RM2.05 seliter.
Kementerian Kewangan turut memaklumkan harga baharu itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.