SHANGHAI, CHINA – Penduduk Shanghai mula ‘dikurung’ berkuatkuasa hari ini (1 April)dalam usaha menyekat penularan wabak COVID-19 dari terus merebak di kawasan itu.
Menurut Pihak Berkuasa Shanghai, hab kewangan China yang mempunyai 26 juta penduduk itu akan menjalani penutupan dua peringkat selamat EMPAT (4) hari.
Pihak berkuasa juga membahagikan bandar itu dengan Sungai Huangpu sebagai sempadan iaitu di barat sungai dari wilayah kewangan dan perindustrian timur Pudong.
Pengangkutan awam di kawasan barat sungai itu akan ditutup dan penduduk terkurung dalam rumah mereka mulai jam 3 pagi hari ini (waktu tempatan).
Sekatan dua peringkat di bandar itu akan bermula di daerah timur pada Isnin ini dan dijangka ditarik balik pada jam 5 pagi pada hari Jumaat waktu tempatan.
Walau bagaimanapun, sesetengah penduduk yang memaklumkan kepada Reuters mengatakan bahawa mereka bersedia dikurung lebih lama, terutama apabila jumlah kes baharu COVID-19 terus meningkat.
Timbalan Setiausaha Agung Shanghai, Ma Chunlei, dalam sidang akhbar semalam berkata, pegawainya akan melihat keputusan ujian dan berunding dengan pakar untuk menentukan bagaimana penarikan balik peringkat pertama penutupan akan dilakukan.
Dalam pada masa yang sama, Pihak berkuasa Shanghai turut berkata, beban kes COVID-19 harian di bandar itu berkurangan buat kali pertama dalam tempoh kira-kira dua minggu.
Sejumlah 5,298 kes baharu tanpa gejala tempatan dan 355 kes bergejala dilaporkan pada Rabu (30 Mac), berbanding 5,656 kes tanpa gejala dan 326 kes baharu dengan gejala dilaporkan sehari sebelumnya.





