Gempar!!Bom Perang Dunia Kedua Ditemui Di Sandakan

Gempar!!Bom Perang Dunia Kedua Ditemui Di Sandakan

0
SHARE

SANDAKAN, SABAH – Sebutir bom seberat 500 paun dipercayai digugurkan dari udara ketika era Perang Dunia Kedua ditemui di tapak pembinaan jalan bersebelahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Jalan Kem Tentera, Batu 7 pada Jumaat baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah, ACP Mohd Azhar Hamin berkata mereka dimaklumkan mengenai penemuan bom sepanjang 130cm itu sekitar jam 11.12 pagi.

Memetik laporan akhbar Harian Ekspres, seorang pengendali jentera berat yang bekerja dengan sebuah syarikat yang menjalankan kerja-kerja pembinaan jalan di kawasan itu menyedari objek itu sekitar jam 9.10 pagi ketika melakukan kerja penggalian di kawasan terbuka berhampiran premis itu.

“Lelaki itu memaklumkan pengawal keselamatan di premis itu dan menghubungi majikannya yang kemudiannya memaklumkan kepada pihak polis,” katanya.

Menurutnya, satu pasukan dihantar untuk mengepung kawasan itu sehingga skuad pemusnah bom tiba pada esok hari.

Pemeriksaan dilokasi menunjukkan bahawa bom itu terletak 50 meter dari pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan, 250 meter dari Bandar Fajar Perdana dan kira-kira 450 meter dari Taman Airport.

Bom itu didapati masih aktif. Siasatan masih lagi giat dijalankan dan keadaan di sekitar tersebut adalah terkawa.