GERAM JAWAB KENYATAAN JAMALUL KIRAM WANG YAYASAN SABAH BERBAKI RM60 JUTA

GERAM JAWAB KENYATAAN JAMALUL KIRAM WANG YAYASAN SABAH BERBAKI RM60 JUTA

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Gerakan Anti Rasuah Malaysia (GERAM) menyambut baik kenyataan bekas Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Jamalul Kiram Mohd. Zakaria yang memperbetulkan kenyataan bahawa jumlah wang milik yayasan itu sebenarnya berjumlah RM460 juta.

Jamalul Kiram bekas Pengarah Yayasan Sabah dalam satu kenyataan beberapa hari yang lepas menyatakan wang Yayasan Sabah berjumlah RM460 juta termasuk RM300 juta di dalam anak syarikat pelaburan Innoprise Corporation Sdn. Bhd.

GERAM dalam satu kenyataan balas berkata “untuk makluman Jamalul Kiram, GERAM mempunyai asas untuk melaporkan kehilangan wang tersebut dan pihak yang berkelayakan untuk mengesahkan baki wang Yayasan Sabah adalah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan bukannya Jamalul memandangkan wujudnya aduan oleh pihak GERAM.”

Menurut GERAM “kami menerima laporan dari sumber yang boleh dipercayai berkaitan baki wang Yayasan Sabah dan bukannya daripada anak syarikat kepada Yayasan Sabah iaitu Innoprise.”

Dalam pada masa yang sama, GERAM turut mengecam kenyataan Jamalul apabila memberikan alasan rumah Yayasan Sabah yang didiami oleh Shafie Apdal semasa menjadi Ketua Menteri Sabah terpaksa dibaiki kerana telah ditinggalkan dalam keadaan usang semasa Kerajaan Barisan Nasional (BN) masih memerintah.

“Sedarkah Jamalul bahawa mantan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman telah menduduki rumah tersebut sejak tahun 2003 dalam keadaan yang cukup selesa dan peliknya kenapa hanya sebulan selepas Shafie Apdal dilantik menjadi Ketua Menteri, rumah kediaman tersebut telah diubah suai sehingga berjumlah jutaan ringgit dan membina pula kolam renang mewah.”

“Bukankah Shafie selalu menggelar dirinya sebagaj pemimpin kepada rakyat, tetapi kenapa rumah yang didiami oleh Shafie telah diubah suai menjadi seperti hotel mewah dan menggunakan pula wang rakyat melalui Yayasan Sabah?..Bukankah ini jelas satu pembaziran.”

Datuk Jamalul Kiram Mohd. Zakaria…

Menyentuh tentang saranan Jamalul Kiram pula agar GERAM mengambil tindakan susulan dengan membangkitkan kenapa saman yang difailkan Yayasan Sabah terhadap Tan Sri Musa Aman semasa era Part Warisan memerintah telah ditarik balik selepas GRS memerintah Sabah, GERAM berkata “saman Tan Sri Musa Aman berjumlah RM1 bilion dan permohonan maaf secara terbuka atas tuduhan fitnah oleh Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Jamalul Kiram selaku bekas Pengarah Yayasan masih berjalan, justeru GERAM yakin mahkamah adalah medan yang paling sesuai bagi merungkai kes ini dan pihak GERAM tidak akan mencampurinya.”

Sebelum ini, GERAM dalam satu kenyataan yang dihantar kepada portal Sabahnews.com.my akan membuat aduan rasmi kepada pihak SPRM selepas menerima aduan wang Yayasan Sabah berjumlah RM650 juta hanya berbaki RM60 juta selepas 26 bulan Shafie menjadi Ketua Menteri Sabah.

Dalam masa yang, saman NGO lainnya iaitu Gabungan Bebas Suara turut membuat laporan rasmi kepada pihak SPRM bagi meminta siasatan kenapa rizab kewangan Sabah yang berjumlah 3.6 billion yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu hanya tinggal 1 biilion selepas 26 bulan Shafie mengetuai pentadbiran negeri Sabah yang lalu.

Ironinya, isu kehilangan wang rizab negeri Sabah serta penurunan mendadak kadar KDNK negeri daripada 8.2 peratus (8.2%) kepada 0.5 peratus (0.5%) selepas dua tahun Parti Warisan menjadi parti pemerintah di Sabah tidak pula dijawab oleh Jamalul dan pimpinan Parti Warisan lainnya.

Data rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Rekod pentadbiran ekonomi Sabah dibawah pentadbiran Datuk Seri Shafie Apdal berjaya menjunamkan kadar pertumbuhan KDNK Sabah dari 8.2% (paling tertinggi diantara semua negeri) pada tahun 2017 ke 1.5% (paling rendah antara semua negeri) pada tahun 2018 dan turun lagi ke 0.5% (paling rendah antara semua negeri) pada tahun 2019…