OXFORD, ENGLAND – Aplikasi Google Earth baru-baru ini menjadi perhatian dunia apabila merakamkan foto menunjukkan ribuan basikal di laman belakang rumah di sebuah kediaman di Littlemore, Oxford.
Perkara mengejutkan itu turut menjadi perhatian pihak berkuasa Thames Valley dan pihak polis juga ketika ini dalam proses mengesan semua pemilik basikal berkenaan, lapor Arynews.





