GRS Sepakat, Kerjasama Dengan PH Dibincang Awal – Ardino

GRS Sepakat, Kerjasama Dengan PH Dibincang Awal – Ardino

0
SHARE

KOTA KINABALU: Bendahari Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Ardino Diris menempelak laporan The Star yang mendakwa beberapa pemimpin GRS terkejut dengan pengumuman kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), menyifatkannya sebagai tidak beretika kerana berdasarkan sumber tanpa nama.

“GRS sentiasa membuat keputusan penting secara musyawarah. Kenyataan Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor bahawa kerjasama dengan PH telah dibincang adalah tepat,” katanya.

Beliau menegaskan GRS tidak tunduk kepada tekanan luar, sebaliknya berpegang kepada kepentingan rakyat dan kestabilan politik Sabah menjelang PRN akan datang.

Mengulas dakwaan bahawa beberapa komponen GRS mahu bertanding solo, Ardino berkata perbezaan pandangan itu biasa, namun semua parti kekal dalam semangat muafakat.

“Apabila keputusan bersama telah dicapai, semua pihak harus akur dan menyokong penuh demi kejayaan bersama,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Pada Ahad lalu, Hajiji mengumumkan persefahaman antara GRS dan PH bagi menghadapi PRN ke-17.