TAMPARULI: Seorang guru wanita berusia 41 tahun ditemui mati dengan kesan kecederaan di sebuah rumah di Kampung Tenghilan pada Sabtu.
Polis telah menahan abangnya berusia 47 tahun pada hari sama bagi membantu siasatan.
Suspek dipercayai mempunyai sejarah masalah kesihatan mental dan pernah menerima rawatan di fasiliti perubatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Polis menasihatkan orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menyalurkan maklumat berkaitan kejadian kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Tuaran di talian 088-794313 atau balai polis berhampiran.






