HAD KETUA MENTERI KEPADA DUA PENGGAL DIBAWA PADA SIDANG DUN SETERUSNYA –...

HAD KETUA MENTERI KEPADA DUA PENGGAL DIBAWA PADA SIDANG DUN SETERUSNYA – HAJIJI

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Pemindaan Perlembagaan Negeri bagi membolehkan had pelantikan Ketua Menteri kepada dua penggal sahaja akan dibawa ke Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan datang.

Demikian kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor membalas kepada soalan Datuk Ewon Benedick (Kadamaian) pada persidangan hari ini.

“Jemaah Kabinet telah meluluskan cadangan ini pada dasarnya…jadi saya tekankan di sini sekali lagi, sekiranya semua bersetuju dengan cadangan ini, kita akan bawa ke persidangan seterusnya bagi meminda perlembagaan,” katanya.

Hajiji berkata ia cadangan itu “memang baik”.

“Kalau kita lihat di peringkat Persekutuan juga sudah ada cadangan untuk menghadkan tempoh pelantikan Perdana Menteri…

“Kalau kita lihat pula di negara-negara barat yang maju seperti di Amerika Syarikat dan lain-lain, mereka juga menghadkan tempoh pelantikan Presiden dan Perdana Menteri mereka masing-masing,” ujarnya.