Hajiji Hadiri Makan Malam Bersama Ahli Parlimen Sabah, Kongsi Perkembangan Kerjasama Dengan...

Hajiji Hadiri Makan Malam Bersama Ahli Parlimen Sabah, Kongsi Perkembangan Kerjasama Dengan PETRONAS

0
SHARE

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, menghadiri majlis makan malam yang dihoskan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup merangkap Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali, di Semuka Cafe, Seri Negara, di sini, malam tadi.

Pada majlis berkenaan, Ketua Menteri mengambil kesempatan berbincang dengan Ahli-Ahli Parlimen dari Sabah mengenai pelbagai isu semasa, termasuk berkongsi perkembangan kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri Sabah dan PETRONAS melalui Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA).

Majlis makan malam itu turut dihadiri beberapa Ahli Parlimen Sabah, antaranya Ahli Parlimen Tawau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Lo Su Fui; Ahli Parlimen Putatan, Datuk Shahelmey Yahya; Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah, Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin serta Ahli Parlimen Tenom, Riduan Rubin.

Terdahulu pada sebelah petang, Hajiji telah menyaksikan Majlis Pertukaran Dokumen-Dokumen sempena memperingati kerjasama antara Kerajaan Negeri Sabah dan PETRONAS yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Kerajaan negeri menegaskan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan strategik dengan PETRONAS bagi memastikan manfaat ekonomi dan pembangunan jangka panjang dapat dinikmati oleh rakyat Sabah.