Hajiji Hadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri

Hajiji Hadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri

0
SHARE

PUTRAJAYA: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-150 di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, di sini, hari ini.

Mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Menteri turut diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainudin Aman.

Sementara itu, Ketua Menteri dijadual mengiringi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-273 yang berlangsung selama dua hari di Istana Negara bermula esok.