Hajiji Tiba di Istana Merdeka Jakarta, Hadiri Mesyuarat Rundingan Tahunan Malaysia –...

Hajiji Tiba di Istana Merdeka Jakarta, Hadiri Mesyuarat Rundingan Tahunan Malaysia – Indonesia

0
SHARE

JAKARTA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperkenalkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor kepada Presiden Indonesia, Prabowo Subianto sejurus tiba di Istana Merdeka, Jakarta, sempena Mesyuarat Rundingan Tahunan Ke-13 Malaysia-Indonesia yang berlangsung pada Selasa.

Turut serta dalam majlis sambutan rasmi itu ialah Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang hadir sebagai sebahagian daripada delegasi Malaysia ke rundingan tersebut.

Datuk Seri Hajiji tiba di Jakarta pada Isnin bersama rombongan kerajaan negeri Sabah yang terdiri daripada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Safar Untong; Peguam Besar Negeri, Datuk Brenndon Keith Soh;

Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Datuk Awang Shaminan Ag Sahari; serta Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur, Datuk Bernard Liew.

Pada hari yang sama, Ketua Menteri turut menghadiri mesyuarat pra-rundingan (pre-council) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri bagi menyelaras pendirian dan agenda Malaysia dalam perbincangan bersama Republik Indonesia.