KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah jangkitan harian di Sabah kembali meningkat dengan 154 kes baharu berbanding 135 kes semalam.
Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata Kota Kinabalu mencatat 91 jangkitan baharu, peningkatan sebanyak 35 kes atau 62.5 peratus daripada jumlah jangkitan kelmarin.
“Pertambahan besar kes baharu di Kota Kinabalu merupakan faktor utama yang menyebabkan jumlah jangkitan harian di Sabah melambung tinggi hari ini…
“Hampir 85 peratus daripada 91 kes di Kota Kinabalu hari ini adalah melalui jangkitan sporadik,” katanya dalam rumusan harian kes.
Selain Kota Kinabalu, Penampang dan Tuaran juga merekodkan kes baharu dua angka.
Penampang mencatatkan 15 jangkitan baharu tetapi jauh lebih rendah berbanding jangkitan semalam yang berjumlah 37 kes.
Tuaran yang mencatatkan jangkitan satu angka kelmarin merekodkan 12 kes baharu hari ini.

“Sebanyak 14 daerah tidak mencatatkan sebarang jangkitan sepanjang tempoh 24 jam yang lalu berbanding 15 daerah kelmarin…
“Tiga (3) daerah, Kinabatangan, Keningau dan Ranau yang merekodkan jangkitan kelmarin kembali ‘bersih’ hari ini.
“Sebaliknya, Lahad Datu, Kuala Penyu, Kudat dan Beluran yang ‘bersih’ daripada jangkitan sebelum ini mencatatkan jangkitan baharu,” tambahnya.
Dalam pada itu, hanya terdapat dua (2) kes dalam Kategori 4 hari ini.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (02 Julai 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu 91 (56)
Penampang 15 (37)
Tuaran 12 (7)
Papar 8 (3)
Lahad Datu 6 (0)
Putatan 5 (9)
Sandakan 5 (12)
Kuala Penyu 3 (0)
Tenom 3 (2)
Kudat 2 (0)
Tawau 2 (3)
Beluran 1 (0)
Kota Marudu 1 (1)
Beaufort 0 (0)
Kalabakan 0 (0)
Keningau 0 (1)
Kinabatangan 0 (2)
Kota Belud 0 (0)
Kunak 0 (0)
Nabawan 0 (0)
Pitas 0 (0)
Ranau 0 (2)
Semporna 0 (0)
Sipitang 0 (0)
Tambunan 0 (0)
Telupid 0 (0)
Tongod 0 (0)





