Hanya 2 Orang Wakil Isi Rumah Dibenarkan Keluar Sepanjang PKP – Ismail...

Hanya 2 Orang Wakil Isi Rumah Dibenarkan Keluar Sepanjang PKP – Ismail Sabri

0
SHARE

PUTRAJAYA – Hanya dua (2) orang sahaja wakil isi rumah DIBENARKAN keluar untuk mendapatkan bekalan makanan, ubat, penokok diet dan keperluan asas lainnya sepanjang penutupan penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh bermula 1 hingga 14 Jun ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tiga (3) orang boleh dibenarkan keluar yang mana termasuk pesakit untuk mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan, perubatan, ujian saringan, keselamatan atau kecemasan dalam radius tidak melebihi 10 kilometer.

“Bilangan penumpang dalam teksi dan e-hailing dihadkan
kepada dua orang sahaja termasuk pemandu dan
penumpang disyaratkan untuk duduk kerusi penumpang
bahagian belakang,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob…

Tambah beliau, perkhidmatan pengangkutan awam laut dan darat
seperti pengangkutan pekerja, bas henti-henti, bas ekspres, LRT, MRT, ERL, Monorel, feri dan lain-lain pengangkutan awam DIBENARKAN beroperasi berdasarkan 50% kapasiti kenderaan.

Sektor ekonomi yang dibenarkan berkhidmat hanya boleh beroperasi bermula jam 8 pagi hingga 8 malam.

“TASKA, tabika, tadika swasta, tadika di sekolah swasta,
antarabangsa dan ekspatriat serta pusat perkembangan
minda bagi kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun TIDAK
DIBENARKAN beroperasi KECUALI bagi ‘frontliners’ dan ibu
bapa yang kedua-duanya bekerja,” beliau berkata lagi.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan sepanjang PKP  semua aktiviti solat dihadkan kepada maksima 12 orang AJK
masjid dan surau sahaja dan upacara pernikahan (akad nikah) Islam DIBENARKAN hanya di Pejabat atau Jabatan Agama Islam dengan kehadiran mengikut ketetapan pihak Berkuasa Agama
Negeri.

Selain itu, aktiviti Rumah Ibadat selain Islam turut dihadkan
kepada maksima 12 orang AJK Rumah Ibadat Selain Islam
sahaja dan kehadiran penganut adalah TIDAK DIBENARKAN.