Hasrat Mendirikan Rumah Tangga Musnah

Hasrat Mendirikan Rumah Tangga Musnah

0
SHARE

MACHANG – Seorang wanita maut apabila kereta yang dinaikinya bersama tunangnya terlibat dalam kemalangan pukul 5 pagi tadi di Machang, Kelantan.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Shahira Amanie manakala tunangnya Fikri cedera apabila kereta yang dinaiki mereka hilang kawalan dan dirempuh sebuah kereta lain.

Dimaklumkan Amanie dan Fikri dari arah Kota Bharu menghala ke Kuala Krai selepas menghadiri sambutan malam kemerdekaan bersama rakan-rakan kelab kereta Honda yang disertai mereka.

Dikhabarkan pasangan ini bakal mendirikan rumahtangga selepas mengikat tali pertunangan, Amanie masih belajar dan sendang menjalani Pratikal di Pejabat Tanah Kuala Krai.

Apa yang berlaku mengundang pilu hasrat Fikri untuk mendirikan rumah tangga dengan tunangnya itu tidak kesampaian semoga dia cepat sembuh dan tabah.

Punca sebenar kejadian masih disiasat oleh pihak berwajib.