
KOTA KINABALU, SABAH – Perlawanan hoki kategori wanita Sukan Sabah (SAGA) Edisi Ke-10 bermula hari ini di Stadium Hoki, Kompleks Sukan Kota Kinabalu.
Sebanyak lapan pasukan mewakili daerah masing-masing iaitu Beaufort, Kudat, Kota Kinabalu, Sandakan, Penampang, Keningau, Putatan dan Tawau.
Pertandingan hoki akan berlangsung dari 14 sehingga 22 Disember 2023 dengan kategori lelaki bermula pada 15 Disember melibatkan pasukan Sandakan, Beaufort, Kota Belud, Kota Kinabalu, Keningau, Tawau, Putatan dan Penampang. — JABATAN PENERANGAN SABAH





