KOTA KINABALU, SABAH – Usaha kerajaan negeri memperhebatkan pelbagai strategi termasuk membuka lebih banyak pusat pemberian vaksin (PPV) dan pendaftaran Program Jangkau Luar Komuniti dijangka akan meningkatkan jumlah penduduk yang akan menerima vaksin COVID-19 di negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor.
Berikut adalah antara Inisiatif Kerajaan Negeri Sabah untuk mencapai 80% Imuniti Kelompok;
1. Membuka Lebih Banyak Pusat Pemberian Vaksin (PPV);
– Sebanyak 72 fasiliti kesihatan dan 23 PPV awam beroperasi bagi membantu program imunisasi. Antaranya ialah:
- PPV Wisma Wanita, iaitu salah satu daripada 16 PPV awam (kapasiti 400 orang sehari) – mula beroperasi 14 Jun 2021
- Universiti Malaysia Sabah (UMS) – kapasiti 1000 orang sehari
– Lain-lain PPV yang akan beroperasi pada Jun 2021:
- PPV Dewan Masyarakat Menggatal, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), Dewan Serbaguna Libaran, Dewan Institut Pendidikan Guru (IPG) Balung, di Tawau.
2. Mewujudkan Kerjasama Antara Sektor Awam Dan Swasta;
Dua Hospital swasta (Hospital Gleaneagles dan Rafflesia Medical Center) dan 15 buah klinik swasta turut disenarai sebagai PPV.
Pacific Sutera antara sektor swasta yang membenarkan penggunaan fasiliti hotel untuk dijadikan PPV (CSR).
Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) Fasa 4 (bermula Julai 2021) – SICC berkapasiti 3500 orang menjadi PPV PIKAS di Sabah.
3. Memaksimumkan mobilisasi aset dan agensi kerajaan ke kawasan pedalaman untuk memastikan masyarakat pedalaman tidak tercicir dari menerima vaksin;
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) – Memulakan Program Bergerak (mobile outreach) ke kawasan pedalaman (26 pasukan mengikut daerah) – 18 Mei 2021
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) – Program Jiwa Murni iaitu dengan menghantar pasukan perubatannya untuk memberi vaksin kepada penduduk di pedalaman.
Jabatan Penerangan Sabah (JPN) – Melaksanakan Program Jangkau Luar Komuniti (daftar penduduk di pedalaman).
4. Meningkatkan Jumlah Penerimaan Bekalan Vaksin Untuk Negeri Sabah;
– Kadar semasa pemberian vaksin untuk Jun 2021 adalah 13,000 vaksin sehari
– Sabah akan menerima bekalan vaksin lebih banyak pada bulan Julai 2021 kadar vaksin harian yang disasar adalah 30,000 orang.
– Sabah menerima tiga (3) jenis vaksin (Pfizer, Sinovac dan Astra Zaneca).