Israel Lancarkan Serangan Artileri Ke Lubnan

Israel Lancarkan Serangan Artileri Ke Lubnan

0
SHARE
Tangkap layar artileri Israel dilancarkan ke arah Lubnan...

BAITULMAQDIS – Tentera Zionist telah melakukan serangan artileri ke arah Lubnan selepas negara itu melancarkan serangan roket ke arah Israel.

Serangan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) pada Ahad itu adalah tindak balas terhadap serangan roket Lubnan kearah Isreal.

“Lubnan melancarkan serangan roket ke utara Israel awal malam ini, dan pasukan Artileri IDF bertindak balas menyasarkan lokasi roket itu dilancarkan,” kata IDF menerusi akaun Twitternya.

Sebelum ini, tentera Israel mengumumkan roket itu membedil kawasan lapang berhampiran bandar Shlomi tetapi tiada kerosakan dilaporkan.

Tiada siren amaran dibunyikan dan tahap amaran kekal normal.

Akhbar Hizbullah Al-Akhbar melaporkan roket itu dilancarkan dari daerah Tire Lubnan.