Pemandu Triton Maut Langgar Lori

Pemandu Triton Maut Langgar Lori

0
SHARE
Pasukan Bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta Mitsubishi Trition. - Foto Ihsan Bomba Sabah...

PAPAR: Seorang lelaki maut tersepit dalam kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya selepas bertembung dengan sebuah lori 10 tan di Jalan Kampung Simpudu sini semalam.

Mangsa, Stetnius Munsin, berusia 30 tahun, maut di tempat kejadian dalam insiden kira-kira 7.15 malam itu.

Sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Papar bertindak mengeluarkan mangsa daripada kenderaan Mitsubishi Triton…

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia dan seterusnya di serahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi ditamatkan pada jam 8.28 malam,” kata jurucakap bagi Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah dalam kenyataan hari ini.