Penglibatan Golongan Muda Dalam Kempen Derma Darah Merupakan Satu Sikap Terpuji –...

Penglibatan Golongan Muda Dalam Kempen Derma Darah Merupakan Satu Sikap Terpuji – Jahid

0
SHARE
JAHID Mengabadikan gambar kenangan bersama pihak penganjur...

TAMPARULI, SABAH – Penglibatan golongan muda dalam kempen menderma darah merupakan satu sikap positif dan terpuji.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, Datuk Jahid Jahim, berkata, penglibatan belia dan beliawanis, khususnya dari Tamparuli pada kempen derma darah merupakan sesuatu yang sangat menggembirakan dan wajar menerima pujian.

“Ini merupakan satu trend yang baik, kerana hari ini pihak penganjur telah berjaya membuka hati mereka untuk tampil menderma darah,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika melawat ke Program Kempen Derma Darah anjuran Majlis Wanita KDCA (KDCA Women’s Council) Tuaran-Tamparuli-Kiulu, dengan kerjasama pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi lain di Dewan Tun Hamdan, sini hari ini.

JAHID Mengambil peluang berbual bersama sebahagian daripada NGO yang terlibat mengadakan pameran sempena program Kempen Derma Darah tersebut…

Turut hadir Pengerusi Penganjur, yang juga Pengerusi KDCA Women’s Council Tuaran-Tamparuli-Kiulu, Dr Rosalyn Gelunu, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tamparuli, Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah, Jilias Lintar, PPM Kiulu, Golubi Guntarek dan para pemimpin masyarakat lain.

Menurut Jahid, kebiasaanya, program seumpama itu lebih banyak tertumpu kepada golongan peringkat separuh umur, tetapi kali ini beliau sendiri melihat belia dan beliawanis tampak begitu bersemangat untuk menderma darah.

“Kita gembira kerana melihat hampir 70 peratus daripada bilangan yang hadir menderma hari ini terdiri daripada golongan belia dan beliawanis…

“Justeru, beliau yang juga Naib Presiden KDCA mengharapkan agar mana-mana penganjur akan sentiasa menyasarkan generasi muda dalam kempen derma darah mereka bagi meningkatkan jumlah penderma dan memastikan bekalan darah di hospital mencukupi.

“Ini kerana golongan belia yang aktif mempunyai pengaruh terhadap rakan sebaya mereka sekali gus dapat menarik ramai dalam kalangan mereka untuk menderma darah,” katanya.

Jahid menyapa seorang daripada belia yang menunggu giliran menderma darah pada program berkenaan…

Mengulas lanjut, Jahid berpendapat, kempen kesedaran derma darah itu telah diperluaskan secara kreatif sehingga berjaya menarik golongan muda di Tamparuli, dan wajar diteruskan.

Program derma darah tersebut dilaksanakan dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, dan menurut wakil penganjur.

Setakat jam 4.30 petang hari ini, seramai 100 orang telah berjaya mendaftar sebagai penderma sebanyak 128 pain darah berjaya dikumpulkan.