Isu Penyelewengan Dana KKLW; SPRM Geledah Rumah Dan Tahan Adik Presiden Parti...

Isu Penyelewengan Dana KKLW; SPRM Geledah Rumah Dan Tahan Adik Presiden Parti Warisan

0
SHARE

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan Hamid Apdal, adik kepada Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Seri Shafie Apdal.

Menurut sumber yang memberitahu pihak Malaysiakini, Hamid ditahan pada pukul 9.30 malam semalam, selepas tiga jam sesi soal siasat di pejabat SPRM di Kota Kinabalu.

Hamid hadir ke pejabat SPRM pada pukul 10 pagi kelmarin, Selasa, selepas badan itu gagal menemuinya ketika pergi ke rumahnya semalam.

Difahamkan Hamid diambil dari rumahnya di Putatan oleh lima pegawai SPRM pada pukul 3.30 petang.

Mereka mencari bahan bukti bagi membantu siasatan terhadap dakwaan penyelewengan dana bagi projek pembangunan luar bandar di negeri itu.

Mereka berada di sana sehingga pukul 6 petang, sebelum membawa Hamid ke pejabat SPRM semula.

Menurut The Star Online, sekurang-kurangnya dua anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) dan seorang Senator dijangka akan dipanggil untuk memberikan kenyataan.

Semalam, seorang senator dari parti komponen BN dibebaskan selepas memberi kenyataan berhubung isu itu, kata laporan itu.

Pada Pagi kelmarin, dua pemuda pemimpin UMNO Sabah dan ketua pemuda Warisan direman lima hari.

Sumber Foto; MalaysiaKini

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Sabah yang juga Ketua Pemuda UMNO Tenom; Jamawi Jaafar dan Ketua Pemuda Warisan; Mohd Azis Jamman ditahan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kota Kinabalu, semalam. Manakala Ketua Pemuda UMNO Tawau; Ariffin Kassim pula ditahan di pejabat SPRM di Tawau.

Sumber Foto; MalaysiaKini

Jamawi kini adalah pegawai khas di Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Namun, difahamkan yang penahanan itu berkaitan dakwaan kesalahan yang dilakukan ketika dia menjadi pembantu kepada Presiden WARISAN Datuk Seri Shafie Apdal ketika Shafie menjadi menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Mohd Azis merupakan Ketua Pemuda UMNO Semporna sebelum keluar parti dan menyertai Parti Warisan Sabah.

Tempoh reman Naib Presiden Warisan Peter Anthony yang ditahan Khamis lalu turut dilanjutkan selama tiga hari.

Dakwaan penyelewengan dana itu dikatakan bagi projek pembangunan yang sepatutnya dilaksanakan Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), sebelum pemecatan Shafie daripada kementerian itu ketika rombakan kabinet pada tahun 2015.