Jahid Lawat Kilang IBS Beau Villas

Jahid Lawat Kilang IBS Beau Villas

0
SHARE
MELAWAT Ke kilang pembuatan Nano Roofing...

KOTA KINABALU, SABAH – Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim dan rombongan Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah telah mengadakan lawatan ke Beau Villas IBS Sdn Bhd, Kolombong, dekat sini.

Program lawatan singkat tersebut turut disertai Timbalan Setiausaha Tetap 1 (TSUT 1), KPLB Sabah, Aftar Nurajat, Ketua Penolong Setiausaha (KPSU) Seksyen Kesejahteraan Rakyat KPLBS, Jean Shat Fu Yi, dan Jurutera KPLBS, Mohd Fadzy Osman.

Sepanjang lawatan, Jahid telah diberi taklimat oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Michael He, rakan niaga, Jackson Lee dan Leslie Chong.

Antara kawasan yang dilawat Jahid dan rombongan ialah kilang BV IBS Light Steel Frame yang pertama di Sabah, seterusnya kilang pembuatan ‘Nano Roofing’ dan meninjau contoh rumah banglo IBS yg pertama di Sabah.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran Beau Villas, Elaina Soon, bahan utama di dalam ‘Light Steel Frame Structure’ ialah Aluzinc yang merangkumi 55% kandungan Aluminium, 43.4% Zink dan 1.6% Silikon.

Katanya, bahan tersebut mempunyai ketahanan tujuh kali ganda anti karat daripada GI, kalis, api, serangga, air, gempa bumi dan taufan, serta amat sesuai digunakan di kawasan pergunungan, pulau, dan tepi laut.

“Tempoh pembinaan dari ‘footing’ sehingga ‘roofing’ cuma memerlukan tempoh selama 3 bulan,” katanya.

Untuk rekod, Beau Villas merupakan sebuah syarikat yang mempunyai kepakaran membina rumah menggunakan sistem binaan berindustri (IBS).

Rumah IBS adalah rumah pasang siap atau “prefab” yang dibina dalam beberapa bahagian daripada spesifikasi pra-reka bentuk di kilang, sebelum dicantumkan di tapak pembinaan.