KOTA KINABALU, SABAH – Bekas Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Jamalul Kiram Zakaria dikecam selepas didapati berbohong dengan mendakwa jumlah wang anak syarikat Yayasan Sabah iaitu Innoprise Corporation Sdn. Bhd. yang ditinggalkan oleh Parti Warisan berbaki RM460 juta.
Menurut Gabungan NGO Bebas Suara (BEBAS) berkata; “Selepas sahaja terbaca kenyataan Jamalul tempoh hari yang mana beliau telah membuat pengesahan kononnya baki wang sebenar Innoprise berjumlah RM460 juta, pihak kami telah membuat siasatan dan mendapati angka baki wang yang dinyatakan oleh Jamalul sememangnya tidak tepat dan Jamalul jelas telah berbohong, dia (Jamalul) telah membohongi seluruh rakyat Sabah.

“Kami juga agak terperanjat apabila mendapati wang yang ditinggalkan Kerajaan terdahulu yang ada dalam simpanan Innoprise hanya berjumlah hampir RM500 juta, sebaliknya selepas Shafie mempengerusikan Innoprise wang simpanan tersebut telah jauh berkurangan.”
“Kami berharap agar pihak Innoprise dapat mendedahkan kepada umum jumlah sebenar wang Innoprise yang telah hilang sepanjang Shafie mempengerusikan Innoprise.”

BEBAS berkata lagi, Yayasan Sabah sebenarnya adalah hak milik seluruh rakyat Sabah, sepatutnya Shafie bertanggungjawab untuk meningkatkan aset dan wang simpanan Yayasan Sabah melalui Innoprise, tetapi malangnya wang tidak bertambah sebaliknya telah jauh berkurangan.
“Cuba bayangkan selepas sebulan Shafie menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah, rumah kediaman untuk Ketua Menteri yang disediakan oleh Yayasan Sabah telah diubah suai seperti taraf hotel sehingga bernilai jutaan ringgit dengan alasan kononnya rumah tersebut telah usang.”
“Walhal rumah tersebut telah didiami bertahun lamanya oleh Ketua Menteri terdahulu dalam keadaan yang agak selesa.”
“Sekalipun Shafie mungkin agak trauma dan mungkin rasa ‘kepanasan’ disebabkan rumah tersebut pernah didiami oleh Tan Sri Musa Aman, sepatutnya jumlah untuk ubah suai rmah tersebut cukuplah dengan hanya RM200 ribu hingga RM300 ribu sahaja, sebaliknya wang Yayasan Sabah telah dikorbankan sehingga jutaan ringgit hanya untuk memuaskan nafsu Shafie. Ini jelas satu pembaziran wang rakyat.”
“Justeru, sepanjang 26 bulan pentadbiran Parti Warisan Plus di Sabah bukan sahaja Yayasan Sabah telah kehilangan wang tetapi rizab negeri juga telah jauh berkurangan, kadar KDNK dari 8.2 peratus (8.2%) turut terkesan dan jatuh menjunam keparas terendah dalam sejarah iaitu sehingga 0.5 peratus (0.5%), pengangguran meningkat dan banyak lagi kerosakan yang telah dilakukan oleh Shafie dan akan kekal sebagai FAKTA untuk pengajaran generasi akan datang,” tambah BEBAS.

Rekod pentadbiran ekonomi Sabah dibawah pentadbiran Datuk Seri Shafie Apdal berjaya menjunamkan kadar pertumbuhan KDNK Sabah dari 8.2% (paling tertinggi diantara semua negeri) pada tahun 2017 ke 1.5% (paling rendah antara semua negeri) pada tahun 2018 dan turun lagi ke 0.5% (paling rendah antara semua negeri) pada tahun 2019…