KOTA KINABALU, SABAH – Tindakan pihak tidak bertanggungjawab memperdaya penduduk setinggan menggunakan permohonan dokumen lulus Penjualan Tanah (PT) menjadi hak palsu di beberapa kawasan Menggatal sini.
Pengarah Penguatkuasaan DBKK Abdul Mukti Muchlish berkata sesetengah penduduk setinggan kawasan Kampung Likas, Kampung Numbak, dan kawasan Jabatan Perikanan serta Unggun Jaya dijanjikan tanah perkampungan sehingga mereka mendirikan rumah.
“Penduduk setinggan terjerat sebagai mangsa penipuan tanah perkampungan dengan harga permulaan antara RM500 mencecah RM10,000…
“Kebanyakan kes membabitkan rumah yang didirikan di kawasan milik persendirian atau tanah kerajaan yang akhirnya terpaksa dirobohkan.
“Pihak tidak bertanggung jawab ini akan seterusnya memberi perkhidmatan tambahan termasuk penambakan, pembersihan tanah atau pembuatan jalan raya,” dia berkata.
Beliau ditemui wartawan selepas 40 struktur rumah setinggan haram berhampiran Kampung Muhibbah sini kemarin.
Pihak DBKK menyasarkan perobohan sekurang-kurangnya 400 buah rumah dalam tempoh dua minggu di atas 40 hektar keluasan tanah dari tujuh geran tanah.
Notis amaran berpindah telah diedar sejak 2017 namun tidak diendah masyarakat setinggan.
“Disebabkan masih ramai penduduk yang enggan berpindah, kita terpaksa menjalankan tindakan merobohkan rumah di kawasan ini,” katanya.