Jamawi Rayu NGO, Sektor Korporat Tampil Hulurkan Bantuan Kepada Mangsa Banjir

Jamawi Rayu NGO, Sektor Korporat Tampil Hulurkan Bantuan Kepada Mangsa Banjir

0
SHARE
Jamawi ketika berkunjung ke Balai Polis Daerah Tenom mendengar takilmat dari pihak Polis Daerah Tenom...

TENOM, SABAH – Bekas Wakil Rakyat Kawasan kemabong Jamawi Jaafar merayu orang ramai khususnya badan badan NGO dan sektor korporat di negeri ini tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di daerah ini.

Menurut beliau air antara keperluan utama mereka yang terjejas banjir ketika ini ekoran dua loji penapis air yang sedia ada di daerah Tenom dan Kemabong tidak dapat beroperasi kerana ditenggelami oleh banjir selain bantuan-bantuan lain untuk meringankan beban mangsa yang terlibat.

Menurut beliau segala bentuk bantuan boleh disalurkan kepada PKOB daerah di Pejabat daerah Tenom untuk diselaraskan kepada para penerima.

Bantuan air mineral turut diagih-agihkan kepada mangsa bangsa banjir di daerah Tenom dan Kemabong…

Dalam pada itu, bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Tenom ini meminta rakyat di kawasan Tenom khususnya di Kemabong agar bersabar dan tabah menghadapi fenomena banjir yang beliau anggap bencana terbesar di daerah itu tahun ini.

Jamawi ketika melawat mangsa banjir yang dipindahkan di pusat penempatan sementara di Dewan SK Chung Hwa Tenom…
Jamawi menyampaikan bantuan makanan kepada salah seorang mangsa banjir Guru Besar Sk Melalap Wak Sugiyanto Trimo di mana rumah beliau ditengelami banjir di kampung Bunut Tenom…

Katanya beliau telah sebati dengan keadaan banjir terutamanya di kawasan Kemabong, bagaimanapun beliau menyifatkan banjir kali ini terburuk di mana banyak kampung di kawasan khususnya di kawasan Kemabong terputus perhubungan apabila kebanyakan jalan ditengalami oleh banjir sedalam 10 kaki menyebabkan kesukaran untuk menghantar bantuan kepada mereka yang terjejas di pusat penempatan sementara.

Banjir di salah satu perkampung di Tenom…(Sumber foto ihsan penggunan Facebook)

“Pihak Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah (PKOB) sedang berusaha sebaik mungkin untuk menyalurkan bantuan kepada mereka yang terjejas dan di harap mereka bersabar menunggu bantuan,” katanya ketika di temui di sini selepas melawat dan mengagih-agihkan bantuan di beberapa buah kampung di sini, kemarin.

Hadir sama Wakil Rakyat Kemabong Datuk Rubin Balang,Pegawai Daerah Tenom yang juga Pengerusi Bencana Alam Daerah Sungkim Ramagun.

Jamawi bersama Rubin ketika meninjau keadaan banjir di beberapa buah kampung di Tenom dan Kemabong…

Menurut Jamawi yang juga Pengerusi SUDC bencana banjir kali ini merupakan cabaran terbesar bagi rakyat khususnya di daerah ini dalam keadaan negara masih berhadapan dengan penularan pandemik COVID-19.

Sehubungan dengan itu beliau meminta mereka yang terjejas agar mengutamakan aspek keselamatan dan berpindah apabila diarahkan oleh pihak berkuasa.

“Perkara utama selamatkan dahulu dokumen-dokumen penting sebelum berpindah dan apabila berada di pusat penampatan pematuhan kepada SOP seperti pakaian pelitup muka, penjarakan sosial dan aspek kebersihan perlu diutamakan,” katanya.