
KOTA KINABALU, SABAH – KOTA KINABALU, SABAH – Seperti yang telah dijangka selepas sahaja tersebar foto Tan Sri Musa Aman semasa menghadiri Persidangan Agung Tahunan 2023 Gagasan Rakyat di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu pada Isnin baru-baru ini, tanpa menunggu lama jentera Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan UMNO Sabah terus menyebarkan fitnah ke atas bekas Ketua Menteri Sabah itu.
Selain Musa, turut mejadi tetamu khas persidangan tersebut adalah bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Datuk Seri Panglima Osu Sukam, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan dan Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee.

Kerja jijik dan kotor ini sengaja dibuat selepas jentera WARISAN dan UMNO Sabah seakan tercabar selepas Tan Sri Musa hadir di dalam persidangan tahunan Parti GAGASAN tersebut.
Menurut Gabungan NGO Bebas Suara (BEBAS), Parti Warisan termasuk sebahagian jentera UMNO pro-Warisan semakin biadap, bersikap kurang ajar dan tindakan jijik sebegini wajar dihentikan.

“Perumpamaan mereka (jentera WARISAN) dan segelintir jentera UMNO Sabah berlagak seakan ‘PONDAN’ dengan menyerang dan membelasah individu yang tangan kakinya telah terikat…
“Umum mengetahui bahawa Tan Sri Musa Aman telah bersara sepenuhnya di dalam bidang politik sejak akhir tahun 2020, tetapi malangnya sehingga kini beliau berterusan menjadi mangsa serangan rakus fitnah jentera Parti Warisan Sabah,” jelas BEBAS.
Menurut BEBAS lagi: “Kami faham pemimpin dan jentera Parti Warisan Sabah masih menyimpan dendam membara ke atas Tan Sri Musa selepas kerajaan Warisan berjaya ditumbangkan pada tahun 2020.”
Manakala sebahagian jentera UMNO Sabah yang pro kepada Bung dan Shafie juga telah terikut-ikut dengan sentimen Warisan memusuhi Musa dan Hajiji.
BEBAS berkata lagi: “Bung Moktar jelas seorang pemimpin hipokrit dan tidak tahu bersyukur”.

“Sepatutnya Bung mengucapkan terima kasih kepada Musa kerana sokongan Musa terhadap UMNO walaupun beliau telah bersara dari politik…
“Mungkin ramai ahli-ahli UMNO tidak mengetahui atau sedar selepas sahaja UMNO kalah pada tahun 2018,Tan Sri Musa di antara individu yang menyokong dari semua sudut pergerakan UMNO di Sabah.”
Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis hata bantuan COVID-19 kepada rakyat Sabah juga ditunjangi sepenuhnya oleh Musa. Oleh sebab itu, melabelkan Bung sebagai hipokrit oleh sebahagian ahli-ahli UMNO adalah wajar timdakan wajar.

“Bung juga tidak menghormati sensitiviti sebahagian besar ahli-ahli UMNO Sabah yang enggan bekerjasama dengan Shafie Apdal”.
Sebahagian pemimpin UMNO yang enggan nama mereka disiarkankan berkata; “semasa UMNO kalah, Musa Aman adalah penyumbang utama kepada UMNO di Sabah sebaliknya Bung hanya membawa ‘telur’ sahaja ke Pejabat UMNO Sabah.
“Sebab itu apabila cubaan menggulingkan GRS pada Jan 2023 gagal. Selain Hajiji, turut menerima tempias serangan fitnah adalah Musa.”
Difahamkan, Bung termasuk Shafie Apdal dan Salleh Tun Said juga dikatakan di antara tiga individu yang berjaya menghalang cubaan penyokong Musa untuk mencalonkan Musa bagi bertanding salah satu kerusi DUN dan Parlimen di Sandakan pada PRU-15 dan PRN-16 lalu.
BEBAS berkata lagi bahawa jasa Tan Sri Musa terlalu banyak di Sabah selain dari faktor ekonomi, sudah tentu jasa terbesar Musa adalah berjaya menumbangkan Parti Warisan yang hanya manpu bertahan selama 26 bulan di Sabah.
“Hikmah terbesar yang dinikmati oleh seluruh rakyat Sabah selepas kerajaan Warisan berjaya ditumbangkan adalah kemakmuran negeri dari sudut menerima pelaburan asing yang tertinggi di Malaysia. Selain itu, negeri Sabah juga telah berjaya dibebaskan dari dibelenggu isu ‘Sempornasisasi’ iaitu penguasaan orang-orang Semporna dari kalangan kaum keluarga dan kroni Shafie dalam jawatan tertinggi di Sabah.”
VIDEO yang turut tular di laman media sosial Facebook yang jelas memperlihatkan Shafie berbahasa Bajau berkata “KITA YANG BERKUASA DI SABAH.”
“Sebagai rakyat Sabah kita tidak dapat membayangkan apa akan berlaku di Sabah sekiranya Parti WARISAN dan Shafie masih lagi menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah…
“Sejarah secara jelas telah membuktikan Parti Warisan dan Shafie Apdal telah berjaya menghancurkan ekonomi Sabah apabila kadar KDNK Sabah selepas hanya 2 tahun telah menjunam ke paras terendah 0.5 paratus dan yang paling teruk adalah tidak ada satu pun pelabur luar berjaya dibawa masuk ke Sabah,” tambah BEBAS.

Selain itu, untuk mengalih isu kelemahan Shafie serangan bertali arus telah ditujukan kepada Tan Sri Musa Aman berhubung pembebasan kes rasuah.
Tetapi, dalam masa yang sama pemimpin dan jentera Warisan pula hanya berdiam diri selepas kes rasuah Shafie Apdal bagi kes penyelewengan kira-kira RM1.5 bilion dana awam untuk projek pembangunan luar bandar di Sabah, disalurkan menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) antara 2009 hingga 2015 telah digugurkan.

Isu Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Gagasan Rakyat Sabah dalam kawalan Musa juga dimainkan dalam masa yang sama menurut rekod Hafez Musa mantan Ahli Parlimen Sipitang jugal anak kepada Musa turut digugurkan sebagai calon bagi GRS.