JKR Diminta Baiki Parit Tersumbat, Pembetung Pecah Oleh Arus Hujan

JKR Diminta Baiki Parit Tersumbat, Pembetung Pecah Oleh Arus Hujan

0
SHARE

RANAU, SABAH – Jabatan Kerja Raya (JKR) Ranau diminta membaiki parit dan pembetung yang telah tersumbat dan pecah akibat aliran deras berikutan hujan lebat sejak beberapa hari ini.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Dr. Joachim Gunsalam berkata demikian semasa mengadakan lawatan ke Kampung Kundasang Lama, Kg. Dumpiring, Kg. Dumpiring Atas dan jalan menuju ke Kg Bundu Tuhan untuk memantau keadaan jalan dan parit di sini, kelmarin.

Dr. Joachim meninjau keadaan pembetung pecah dan tersumbat di Kg. Kundasang Lama, Ranau…

“Parit-parit dan pembetung-pembetung didapati pecah dan tersumbat ini perlu dibaiki dengan kadar segera,” kata beliau.

Pemilik inap desa (homestay) juga diingatkan untuk memastikan agar pembinaan inap desa berhampiran jalan raya besar tidak menambah kepada masalah terutamanya parit yang tersumbat dengan sampah…

dan membersihkan kawasan terbabit ataupun membuat pembetung yang lebih besar untuk menampung jumlah air yang mengalir.

Dr. Joachim (kanan) melihat keadaan parit dan jalan yang rosak di Kg. Dumpiring Atas, Kundasang, Ranau…

Beliau juga menyarankan agar penduduk kampung terutama di kawasan tanah tinggi menanam pokok bagi mengelakkan tanah runtuh.

Dr. Joachim yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian meminta semua Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) agar memaklumkan kepada pihak JKR dan konsesi untuk tindakan susulan.

Kelmarin, video mengenai banjir di Kampung Lembah Pantai, Kundasang, Ranau tular ekoran hujan berterusan…

Sehubungan itu, Dr. Joachim mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Pengairan dan Salira serta JKR Ranau termasuk konsesi yang telah membuat pemantauan dan membersihkan banjir di jalanraya.

Beliau meminta penduduk supaya sentiasa waspada dan berhati-hati apabila hujan lebat melebihi dua jam, kemungkinan berlakunya kejadian tanah runtuh atau banjir kilat berlaku walaupun di kawasan pergunungan.