BEIJING, CHINA – Sebuah stesen penyelidikan bakal dibina di Bulan hasil kerjasama negara China dan Rusia yang dijangka siap pada tahun 2035.
Menurut laporan Daily Star, stesen tersebut akan menjadi stesen kedua selepas satu lagi stesen penyelidikan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) bakal dibina di Bulan.
Pusat penyelidikan yang bernama Stesen Kajian Lunar Antarabangsa (ILRS) itu, bakal menjadi saingan kepada stesen Lunar Gateway yang akan dibina oleh NASA.
Difahamkan ILRS akan mempunyai sebuah pengorbit dan pangkalan di permukaan Bulan serta beberapa buah kenderaan penerokaan, manakala Stesen Lunar Gateway hanya akan mengorbit Bulan.
Sementara itu, Timbalan Pengarah CNSA, Wu Yanhua dalam satu taklimat akhbar berkata
China dan Rusia menyasarkan untuk menyiapkan pembinaan infrastruktur di ILRS menjelang 2035…
Manakala, pembinaan stesen tersebut bakal bermula pada tahun 2026.
Ujar Yanhua, mereka juga mengalu-alukan penyertaan lebih ramai pihak untuk bekerjasama dalam usaha tersebut.
Beijing dan Moscow pada bulan Mac tahun lepas telah menandatangani memorandum persefahaman bagi melancarkan projek tersebut.
Dokumen itu turut menyebut bahawa stesen tersebut direka untuk melaksanakan kerja-kerja penyelidikan dalam pelbagai bidang dan melibatkan pelbagai tujuan.





