JPSM Menghasilkan 9000 Pelajar TVET Setakat Ini

JPSM Menghasilkan 9000 Pelajar TVET Setakat Ini

0
SHARE
Arifin (tengah) menyerahkan sijil kepada salah seorang penerima semasa majlis tersebut...

KOTA KINABALU, SABAH – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah melalui Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) Negeri Sabah sudah melahirkan 9000 pelajar Technical and Vocational Education Training (TVET).

Dalam Konvokesyen Institut Latihan Teknik dan Perdagangan Siri 2/2022 JPSM Sabah hari ini, Menteri Tugas-tugas Khas Dan Penyelarasan Datuk Dr. Haji Mohd Arifin Arif berkata jurusan seperti teknologi kimpalan, pentadbiran sistem maklumat serta jurukecantikan dan dandanan rambut diperlukan di Sabah.

Katanya TVET adalah peluang sesuai bagi golongan belia dan mengesa lebih ramai tampil mengambil peluang tersebut dalam menimba ilmu kemahiran dan mendapat peluang pekerjaan dalam bidang tertentu.

“Program diadakan sesuai dengan pasaran dan pekerjaan yang menjurus kepada bidang TVET…

“Syabas kepada Kementerian dan Institut untuk mencari jalan di mana pelajar itu bukan sahaja setakat sijil atau diploma tapi lebih daripada itu,” katanya.

Beliau menyerahkan sijil kepada 60 individu termasuk graduan dan pelatih terbaik yang diraikan di Tingkat 4 Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pagi tadi.