Jumlah Kes COVID-19 Sabah Kembali Melepasi Paras 300

Jumlah Kes COVID-19 Sabah Kembali Melepasi Paras 300

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Angka jangkitan baharu melonjak naik melepasi paras 300 dengan 318 kes baharu iaitu peningkatan 45 kes berbanding jumlah kelmarin.

Menurut jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun, kadar penularan masih berada pada tahap yang tinggi.

“Peningkatan besar jumlah jangkitan baharu adalah sejajar dengan pertambahan jumlah sampel ujian, daripada 2,835 kelmarin kepada 3,291 hari ini…

“Kadar positiviti hari ini iaitu 10.39 peratus adalah lebih rendah daripada 11.36 peratus kelmarin,” katanya dalam rumusan harian kes.

Beliau berkata lebih banyak daerah mencatatkan pertambahan kes harian dengan 9 daerah merekodkan jangkitan dua angka.

“Antaranya ialah Kota Kinabalu 85 kes (-8), Sandakan 38 kes (+21), Tawau 31 kes (+2), Penampang 23 kes (-4), Tuaran 23 kes (+15) dan Putatan 22 kes (-5)…

“Hanya 3 daerah tidak mencatatkan sebarang jangkitan baharu hari ini,” jelasnya.

Terdapat masing-masing tiga (3) kes dalam Kategori 4 dan Kategori 5 hari ini.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (17 Ogos 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu 85 (93)
Sandakan 38 (17)
Tawau 31 (29)
Penampang 23 (27)
Tuaran 23 (8)
Putatan 22 (27)
Papar 15 (10)
Kota Marudu 12 (5)
Kudat 10 (3)
Lahad Datu 9 (5)
Kota Belud 8 (9)
Sipitang 7 (6)
Beaufort 6 (4)
Kinabatangan 6 (4)
Beluran 4 (2)
Tenom 4 (0)
Keningau 3 (5)
Kunak 2 (0)
Pitas 2 (0)
Ranau 2 (2)
Semporna 2 (1)
Telupid 2 (0)
Kuala Penyu 1 (3)
Tambunan 1 (2)
Kalabakan 0 (0)
Nabawan 0 (1)
Tongod 0 (10)