Kajian Kebolehlaksanaan Projek Kereta Api Sembulan – Sepanggar Dalam Dua Tahun Ini...

Kajian Kebolehlaksanaan Projek Kereta Api Sembulan – Sepanggar Dalam Dua Tahun Ini – Shahelmey

0
SHARE
Shahelmey
Shahelmey mengisi minyak seorang 'rider' dalam majlis tersebut

PUTATAN, SABAH – Kajian kebolehlaksanaan bagi cadangan projek lntasan kereta api Sembulan – Sepanggar akan dijalankan dalam tempoh dua tahun ini kata Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Shahelmey Yahya.

“Jika anda lihat di tempat lain di dunia, kereta api bersambung ke pelabuhan tetapi tidak bagi kita di Sepanggar.

“Kereta api bukan sahaja menjadi pengangkuatan awam seharian tetapi juga untuk mengangkut barang.

“Projek Jabatan Kereta Api Negeri ini berpotensi menyambung landasan kereta api sedia ada yang kini menghubungkan Tenom ke Sembulan.

“Tetapi kita perlu membuat kajian kebolehlaksanaan terlebih dahulu untuk menentukan laluan yang terbaik,” katanya.

Jelasnya, laluan kereta api dari Tanjung Aru – Sepanggar adalah yang paling praktikal untuk orang ramai kerana ianya memintas bandaraya.

“Kita kemudiannya akan merancang ke hadapan dari sana,” katanya mengenai hasil kajian itu nanti.

Shahelmey, yang juga Ahli Parlimen Putatan bertemu lebih 30 penhantar makanan daerah itu di stesen minyak Petronas di Lok Kawi di sini pada Khamis.

Sambil menawarkan pengisian minyak percuma, ADUN Tanjung Keramat itu mengingatkan penunggang di Putatan agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya terutama pada sambutan Hari Raya Aidilfitri akan datang.

“Jumlah trafik akan menjadi tinggi jadi sentiasa ingat untuk mengambil inisiatif keselamatan jalan raya sebelum memulakan perjalanan anda ke tempat kerja,” katanya.