LAHAD DATU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan rentung dalam satu kejadian kebakaran rumah di Kampung Telisai, semalam.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Mohamud Punya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian kebakaran itu pada jam 9.46 malam.
“Lapor kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal berkeluasan 45×65 kaki terbakar 100 peratus dan turut musnah ikut terbakar tiga buah motosikal.
“Terdapat seorang mangsa kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Mohd Qalish Abdul Jumain ditemui rentung pada jam 10.59 malam di ruang bilik yang seterusnya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.
Sementara itu, pasukan bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan dua aliran, tiga pancutan 300 kaki dan sumber air dari tangki jentera bomba dan pili bomba berhampiran.
Tambahnya, setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujudperasi seterusnya ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.45 pagi tadi.