BELURAN, SABAH – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun maut apabila kenderaan dinaikinya terbelah dua setelah bertembung dengan kereta pacuan empat roda milik Jabatan Kesihatan Negeri.
Pihak Bomba menerima panggilan kecemasan berhubung insiden di Jalan Beluran Satura yang terletak kira-kira 20 km dari balai bomba daerah pada pukul 5.18 petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beluran, PPgB Rastam Keladi berkata, kemalangan melibatkan sebuah kenderaan Toyota Corolla jenis model lama dan sebuah Toyota Hilux.
Bahagian belakang kereta mangsa yang maut tercampak ke kawasan semak pada jalan yang bertentangan.
“Pasukan anggota berjaya mengeluarkan seorang mangsa lelaki yang tersepit dalam kereta Corolla…
“Penumpang-penumpang kenderaan terbabit merupakan sebuah keluarga yang dipandu oleh ayah kepada mangsa,” katanya.
Rastam berkata ketiga (3) lelaki dalam kenderaan itu cedera dan telah dihantar ke hospital, manakala pemandu Hilux, juga seorang lelaki, tidak mengalami sebarang kecederaan.





