Hanya Sedikit Penyusutan Kes COVID-19 Di Sabah Hari Ini

Hanya Sedikit Penyusutan Kes COVID-19 Di Sabah Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Penyusutan 58 kes COVID-19 baharu dicatat yang membawa kepada kumulatif 541 KES hari ini.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata ianya kerana penurunan kes baharu di daerah seperti Tuaran (-39), Kota Belud (-24) dan Keningau (-14).

“Walaubagaimanapun, kes-kes baharu bertambah agak tinggi di Penampang (+25) dan Tenom (+33),” katanya dalam sebuah rumusan harian.

Dalam pada itu, daerah Telupid, Tongod dan Kalabakan mencatatkan sifar (0) kes.

Satu (1) kluster baharu jenis institusi pendidikan diisytiharkan di Kampung Kemburongoh, Ranau.

Masidi berkata kluster tersebut melibatkan pelajar yang tinggal di asrama SMK Kemburongoh serta warden asrama dan keluarga beliau.

“Setakat ini 22 orang disahkan positif dan indeks kes adalah seorang pelajar yang tinggal di asrama terbabit,” jelasnya.

Katanya lagi, kes baharu yang berpunca daripada Saringan Bergejala amat tinggi dengan 41 peratus (41.4%) daripada jumlah keseluruhan.

Di Kota Kinabalu, 43 daripada 93 kes hari ini adalah kes yang diperolehi melalui saringan bergejala; 24 daripada 56 kes di Tuaran dan 15 daripada 28 kes di Kota Belud.

“Sepertimana yang telah dinyatakan berulangkali, vaksin lengkap tidak menjadikan kita kebal daripada jangkitan…

“Vaksin cuma menyelamatkan kita daripada kesan serius jangkitan COVID-19 yang boleh membawa kepada kematian.

“Keberkesanan vaksin dapat dibuktikan melalui statistik harian pesakit jangkitan COVID-19,” jelasnya.

Beliau berkata secara puratanya pada setiap hari, 98 peratus (98%) pesakit COVID-19 Sabah hanya mengalami gejala ringan atau tidak bergejala.

“Mereka tidak memerlukan rawatan di hospital. Hari ini cuma seorang pesakit dalam Kategori 3, dua (2) orang dalam Kategori 4 dan tiga (3) orang dalam Kategori 5,” tambahnya.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (18 Nov) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 93 (101)
Penampang – 60 (35)
Tuaran – 56 (95)
Tenom – 45 (12)
Ranau – 38 (40)
Kota Marudu – 33 (28)
Beaufort – 32 (31)
Papar – 29 (29)
Kota Belud – 29 (53)
Putatan – 16 (16)
Sandakan – 14 (21)
Kinabatangan – 13 (13)
Kudat – 12 (17)
Tambunan – 11 (15)
Keningau – 11 (25)
Tawau – 11 (2)
Sipitang – 9 (12)
Nabawan – 7 (2)
Pitas – 7 (7)
Beluran – 6 (19)
Semporna – 3 (0)
Kuala Penyu – 3 (6)
Lahad Datu – 2 (10)
Kunak – 1 (3)
Telupid – 0 (4)
Tongod – 0 (0)
Kalabakan – 0 (2)