Kaunter LHDN Keningau Mula Beroperasi Semula Mulai Hari Ini (1 Februari)

Kaunter LHDN Keningau Mula Beroperasi Semula Mulai Hari Ini (1 Februari)

0
SHARE

KOTA KINABALU – Kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cawangan Keningau akan kembali beroperasi semula mulai hari ini (1 Februari 2021) dengan waktu operasi yang terhad sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

LHDN dalam satu kenyataan semalam, antara operasi yang dibuka ialah perkhidmatan percukaian kaunter setempat, kaunter bantuan prihatin rakyat dan kaunter duti setem dari 8 pagi hingga 1 tengah hari, manakala penerimaan bayaran di kaunter duti setem hanya setakat 12 tengah hari.

Pelanggan yang hadir di pejabat LHDN dinasihatkan agar mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan bagi memastikan penularan wabak COVID-19 dapat dibendung.

Orang ramai boleh melayari portal LHDN di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/, Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara) atau Hasil Live Chat untuk mendapatkan maklumat lanjut atau pertanyaan serta maklum balas.