PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat peningkatan jumlah pesakit yang sembuh hari ini iaitu sebanyak 4,522 KES, demikian menerusi laporan situasi semasa jangkitan penyakit COVID-19 di Malaysisa di Facebook rasmi KKM.
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 166,049 KES (77.3%).
Namun, dukacita dilaporkan kes baharu positif COVID-19 hari ini masih lagi pada paras yang tinggi dan membimbangkan iaitu sebanyak 5,298 KES.
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 214,959 KES. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 48,150 KES.
DARIPADA 5,298 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, sebanyak tiga (3) Kes import, manakala 5,295 KES lagi MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…
Menurut KKM juga, sebanyak 313 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 127 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada laporan KKM hari ini, SELANGOR menyumbangkan angka kes baharu COVID-19 tertinggi hari ini di Malaysia iaitu 2,460 KES dan diikuti JOHOR sebanyak 1,020 KES dan KUALA LUMPUR sebanyak 783 KES.
KKM dukacita memaklumkan terdapat 14 KES kematian direkodkan hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah sebanyak 760 KES (0.4%).
Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;