KOTA KINABALU, SABHA – Pertubuhan Rumpun Etnik Sabah (PRESBAH) mengingatkan pemimpin-pemimpin parti dan kalangan ahli parlimen bahawa politik yang terlalu mengikut hawa nafsu dan emosi, ditambah lagi niat tersasar jarang akan selamat atau diberkati.
“Politik tanpa kawalan dan kematangan, apatah lagi merosakkan diri dengan hilang keteladanan mengurus sikap dan perjuangan, gagal integriti dan keamanahan maka dengan sendirinya martabat diri dan perjuangan akan jatuh susut nilai membuat rakyat benci dan cukup melaut,” kata presiden pertubuhan tersebut Haji Yahya Haji Ahmad.
Katanya sewajarnya pada saat negara berhadapan dengan krisis kesihatan terbesar di peringkat global, politik jangan dulu dijadikan sebagai alat menganggu tumpuan dan keutamaan tugas kerajaan dan petugas barisan hadapan.
“Semua orang yang mahukan pemulihan diperkasa fokus selautan muhasabah sedalam istiqamah…
“Rakyat negara sendiri sakit, rumit dan kusut mencari sesuap nasi bagi hari esok, bagaimana mahu mendapatkan vaksin dan mengurus keluarga di icu dan lain-lain hal kematian.
“Patutkah rasa keinsafan itu tidak mampu disematkan sepakat bertenang dalam sabar dan beriman?,” tanya beliau.
Tambahnya lagi, cerdik politik saja tidak membawa makna cerminan kebijaksanaan bila tidak sabar, jika ego kepentingan diri bermain diperjuangkan saban hari suka berbalah, lebih malang adakala membawa masalah dijalanan wahima tergamak melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP).
“Hentikan semua ini, mari kembali ke pangkal jalan,” jemputnya…
“Jangan seperti setitik nila maka rosak susu sebalanga, telur sibiji riuh sekampung.
“Tuanku Agong turut terganggu, negara jadi tidak stabil atas onar sikap berbalah yang ditunjukkan. Kesanya tentu buruk kepada rakyat, semua orang terganggu,” kata Yahya lagi.